PROFIL MADRASAH

SEJARAH PENUBUHAN
Madrasah Darul Ulum Al-Muttaqin ini Ditubuhkan pada bulan Mac 2014 oleh Ustaz Mohd Anuar Bin Che Ani selaku Mudir Madrasah.
Madrasah ini telah mendapat pengesahan penubuhannya secara rasmi pada 23 Oktober 2017 oleh Pejabat Agama Islam Negeri Kedah.
Awal penubuhannya adalah bertempat di bangunan rumah Kedai 2 tingkat yang beralamat di No 19, Jalan Impiana1, Taman Lembah Impiana, Kulim Kedah.
Pada permulaan penubuhan, madarasah ini telah menerima seramai 5 orang pelajar.

OBJEKTIF PENUBUHAN
Melahirkan generasi yang mahir membaca Al-Quran dan mempunyai pendedahan secukupnya kepada ilmu-ilmu Al-Quran, Hadis dan seumpamanya.
Melahirkan para hafiz serta alim yang benar-benar berilmu dan berakhlak sebagai pendakwah yang mampu menegakkan syiar Islam.
Membantu mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman, kesedaran, pengamalan dan penghayatan agama dikalangan masyarakat disemua peringkat umur bagi melahirkan masyarakat yang beriman, berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia dengan menawarkan kelas-kelas pengajian agama secara tersusun dan sistematik.
Membantu mempertingkatkan penguasaan bahasa dikalangan masyarakat, khususnya Bahasa Arab yang merupakan salah satu syiar agama dan alat dakwah yang berkesan.

AHLI PENGURUSAN MADRASAH
Penasihat :
Tuan Che Ani Bin Harun
Pengerusi :
Ustaz Mohd Anuar Bin Che Ani
Timbalan Pengerusi :
Ustaz Mohd Nor Faizal Bin Che Ani
Setiausaha 1 :
Encik Bahari Bin Abdul Mutalib
Setiausaha 2 :
Encik Mohammad Rusyiduddin Bin Razali
Bendahari 1
Ustazah Zapirah Binti Che Ani
Bendahari 2
Ustazah Nurul Atiqah Binti Che Ani

TENAGA PENGAJAR MADRASAH
Ustaz Mohd Anuar Bin Che Ani
Ustaz zubir
Ustaz Nor Faizal Bin Che Ani
Ustazah Nurul Shahirah Binti Che Ani
Ustazah Nurul Najwa Binti Che Ani
BILANGAN PELAJAR MADRASAH
Bilangan pelajar madrasah pada masa kini (November 2024 adalah seramai : 28 orang pelajar lelaki

SILIBUS PENGAJIAN
Pengajian Al-Quran
Hafazan Al-Quran
Tajwid
Feqah
Tafsir
Bahasa Arab
Pengajian Hadis
Bahasa Melayu
AKTIVITI KO-KURIKULUM
Sepak Takraw
Bolasepak
Badminton
Futsal
Pingpong
Memanah
Silat
AKTIVITI SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN
Majlis Bacaan Yasin
Majlis Tahlil & Doa Selamat
Solat Jenazah & Pengkebumian
Ziarah & Dakwah
Bantu madrasah seikhlas hati tuan/puan...
Dengan sumbangan tuan/puan dapat membantu mempercepatkan bayaran hutang kontraktor yang tertunggak, bina saham akhirat kita bersama…
Hubungi Kami
Ustaz Mohd Anuar Che Ani
Mudir Madrasah
012 4544 974